Thursday, 2 August 2012

The Renaissance SMSS - Johan Finale Wind Orchestra SBP 2012


Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS), Kuala Lumpur telah menjadi juara di dalam Pertandingan Finale Wind Orchestra Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2012. Pertandingan ini telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 1 Julai 2012 yang lalu.

Wind Orchestra SMSS atau dikenali sebagai The Renaissance telah turut menjayakan Festival Pancaragam Antarabangsa Singapura yang berlangsung dari 18 hingga 21 Julai 2012 yang lalu.  

Senarai Pemenang Pertandingan Finale Wind Orchestra SBP 2012

  • PERTAMA SM Sains Selangor
  • KEDUA Sekolah Sultan Alam Shah
  • KETIGA SM Sains Machang
  • KONDUKTOR TERBAIK Sekolah Dato' Abdul Razak
  • SAGUHATI
    SM Sains Kuching
    Kolej Tengku Kurshiah
    Sekolah Seri Puteri
    SM Sains Sultan Mahmud
    Sekolah Dato' Abdul Razak

Saturday, 16 July 2011

Seramai 41,267 Calon Ditawarkan Tempat Di IPTA

Seramai 41,267 calon ditawarkan tempat untuk mengikuti Program Ijazah Pertama bagi sesi akademik 2011/2012 di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), kata Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Datuk Prof Dr Rujhan Mustafa.

keputusan UPU
Beliau berkata jumlah calon yang berjaya mendapat tempat ke IPTA itu adalah daripada 64,703 calon yang memohon dan daripada 53,216 calon yang layak iaitu peningkatan sebanyak 1.9 peratus berbanding sesi akademik 2010/2011 sebanyak 40,506 calon.

Seperti tahun sebelumnya, bilangan pelajar perempuan mengatasi bilangan pelajar lelaki, di mana 27,001 calon perempuan iaitu 65.4 peratus berjaya mendapat tempat di IPTA, berbanding 14,266 atau 34.6 peratus pelajar lelaki, kata Dr Rujhan.

"Dari segi calon yang ditawarkan tempat mengikut kaum, seramai 29,838 daripada 39,998 calon atau 74.6 peratus adalah Bumiputera, 9,457 daripada 10,677 calon atau 88.6 peratus adalah Cina, 1,511 daripada 1,813 calon atau 83.3 peratus India dan 461 daripada 728 calon atau 63.3 peratus dari kaum-kaum lain.

Thursday, 14 July 2011

PBS Untuk UPSR Bagi Tahun 1 Mulai 2011

Keputusan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2016 akan ditaksirkan melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah mula dilaksanakan pada kohort pertama murid Tahun 1, pada tahun ini.

Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) Sufaat Tumin berkata keputusan UPSR pada tahun berkenaan akan mengambil kira peperiksaan sebanyak 60 peratus manakala PBS merangkumi 40 peratus.

Kementerian Pelajaran memperkenalkan PBS sebagai proses menilai dan mentaksir pencapaian murid dalam menentukan penguasaan murid secara sistematik pada setiap peringkat pengajaran dan pembelajaran.

Sufaat berkata keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada 2014 pula adalah 100 peratus berdasarkan PBS apabila pentaksiran akan mula dilaksanakan bagi pelajar Tingkatan 1, pada tahun depan.

JPA Tawar 12 Calon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong

Program biasiswa Yang di-Pertuan Agong tahun ini menawarkan 12 calon cemerlang mengikuti pengajian bidang sains dan teknoloji, ekonomi dan undang-undang pada peringkat sarjana dan kedoktoran (PhD).

Logo JPA
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkata tawaran biasiswa itu masing-masing membabitkan enam pada peringkat sarjana dan PhD.

Dalam kenyataan di sini, JPA berkata pemohon mesti seorang warga negara dan berumur tidak lebih 30 tahun pada tahun pengajian dan memiliki ijazah sarjana muda atau sarjana yang diktiraf oleh kerajaan.

Selain itu, pemohon perlu mempunyai pencapaian Purata Mata Gred Kumulatif (CGPA) minium 3.75 atau kelas pertama atau setaraf dengannya.

Permohonan untuk biasiswa berkenaan dibuka mulai 11 hingga 18 Julai ini di mana ia boleh dibuat secara talian di portal www.jpa.gov.my atau http://esila.jpa.gov.my.

Sunday, 12 June 2011

Tempoh Kursus Diploma Bukan Teknikal Di Politeknik Dipendekkan

Mulai tahun 2011, tempoh pengajian bagi kursus diploma bukan teknikal seperti perdagangan dan hospitaliti di politeknik di seluruh negara akan dipendekkan kepada dua hingga dua tahun setengah berbanding tiga tahun sekarang.

Politeknik
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ia sebagai salah satu tarikan kepada golongan pelajar untuk memilih institusi berkenaan sebagai alternatif melanjutkan pengajian di mana ia akan dapat menjimatkan masa dan wang mereka.

"Misalnya seperti kursus menjahit, kita berpendapat tak ada keperluan nak belajar menjahit sehingga tiga tahun. Lagi lama lagi banyak pelajar itu kena berhutang (untuk menampung kos pengajian). Kita mahu masa itu benar-benar dimanfaatkan," katanya kepada pemberita di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini pada Isnin, 30 Mei 2011.