Tuesday, 31 May 2011

Pelajar Cemerlang Yang Gagal Dapat Biasiswa JPA

Jemaah Menteri akan bermesyuarat pada 1 Jun ini bagi menentukan sama ada 86 pelajar yang mencatatkan keputusan cemerlang 9A+ dalam peperiksaan SPM tetapi gagal mendapatkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) boleh melanjutkan pelajaran mereka di luar negara.

Logo JPA
"Saya, Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai dan Menteri Sumber Manusia Dr S Subramaniam akan menimbulkan perkara itu dan membuat rayuan kepada kabinet esok,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz pada sidang akhbar di Parlimen hari ini.

Rayuan itu akan dikemukakan berikutan mesyuarat pemimpin parti komponen BN yang diadakan sebelum sidang akhbar ini.

Pertemuan itu diadakan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengarahkan Mohamed Nazri sebagai menteri bertanggungjawab mengenai biasiswa JPA untuk berbincang dengan parti komponen bagi menyelesaikan isu berkenaan yang disifatkan berpunca daripada kekeliruan.

Saturday, 14 May 2011

Isu Sistem Penggredan Sekolah Seni

Kementerian Pelajaran memberi jaminan pelajar Sekolah Seni Johor Bahru (SsJB) dan Sekolah Seni Kuching (SsK), tidak akan berdepan masalah ketika memohon kemasukan ke institusi pengajian tinggi (IPT) selepas mereka menamatkan pembelajaran kelak.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, ibu bapa, guru serta pelajar sekolah terbabit tidak perlu risau walaupun sebelum ini wujud kebimbangan berikutan sistem penggredan digunakan dalam peperiksaan mata pelajaran kesenian sekolah berkenaan didakwa tidak diiktiraf Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Katanya, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pelajaran sedang mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan segala masalah yang timbul termasuk sistem penggredan digunakan dalam peperiksaannya supaya bukan saja menepati kehendak dan syarat kemasukan ke IPT, malah turut mampu melahirkan pelajar jurusan seni yang cemerlang.

Thursday, 5 May 2011

UM Academy Of Islamic Studies Will Not Close

Deputy Higher Education Minister Datuk Saifuddin Abdullah has denied that University Malaya's Academy of Islamic Studies at Nilam Puri here will be closed.

UM Academy of Islamic Studies
He said instead, the UM management and the ministry, want to improve the academy which has not only served Islamic scholars well but has its own history in Kelantan.

It include expanding the academy's functions to produce students who can master the Arabic language to equip them for studies at Al-Azhar University in Egypt.

"The academy can provide Arabic courses in collaboration with Al Azhar University which only admit students who pass the Arabic language," he said after giving a motivational talk to students of SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra here Tuesday.

Saifuddin said currently students who do not master Arabic have to take a two year language course before pursuing studies at the Al Azhar University.

Tawaran Kursus Baru Perubatan Di IPT Dibeku Sehingga 2016

Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan moratorium atau pembekuan ke atas penawaran kursus baharu bidang perubatan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) selama lima tahun sehingga 30 April 2016.

Kementerian Pengajian Tinggi
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata moratorium itu dilaksanakan segera berdasarkan kepada peningkatan ketara bilangan graduan perubatan yang dikeluarkan IPT, kompetensi pegawai perubatan siswazah, tenaga pengajar dan Hospital Pengajar.

Beliau berkata pelaksanaan moratorium ini tidak sama sekali menjejaskan bilangan pegawai perubatan yang diperlukan negara kerana pengeluaran graduan perubatan dari 33 IPT sedia ada di samping graduan perubatan luar negara yang pulang ke Malaysia adalah memadai.