Monday, 25 April 2011

New STPM Format

After 29 years, the Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) examination is set to undergo a massive facelift next year.

Deputy Education Minister Datuk Dr Wee Ka Siong said that the existing terminal system for STPM assessments will be replaced by a modular one in 2012.

STPM
A modular system means that assessment is conducted throughout a particular programme, while a terminal system places the assessment at the end of the study period.

The modular system for the STPM will be based on three semesters, whereby evaluation will occur at the end of each semester.

Dr Wee explained that this new format will lessen the burden of Form Six students and better prepare them for tertiary study.

Sunday, 24 April 2011

STPM Secara Modular Mulai 2012

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) sentiasa berusaha untuk memperkasakan program pendidikan tingkatan enam dengan merangka rancangan penjenamaan semula program pendidikan prauniversiti ini. Satu daripadanya ialah merombak sistem peperiksaan STPM daripada sistem terminal kepada sistem modular.

STPM
Sistem pentaksiran STPM secara modular akan dilaksanakan mulai sesi persekolahan tingkaran enam bawah pada tahun 2012. Dalam sistem modular ini, penilaian terhadap pencapaian pelajar akan dijalankan pada setiap semester (ada tiga semester semuanya). Selain peperiksaan akhir berpusat pada setiap hujung semester, pelajar akan dinilai juga melalui kerja kursus yang dijalankan sepanjang pengajian. Dengan pelaksanaan sistem baru ini diharapkan pengajian tingkatan enam akan menjadi lebih menarik, dan dengan yang demikian, lebih banyak pelajar akan mengikuti pengajian peringkat prauniversiti ini.

Malaysian University English Test - MUET

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) ingin memaklumkan bahawa Malaysian University English Test (MUET) merupakan ujian untuk mengukur penguasaan berbahasa Inggeris yang diwajibkan kepada semua calon STPM, pelajar matrikulasi, diploma, dan prauniversiti lain yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama di institusi pengajian tinggi tempatan (IPT). Jadi, tujuan MUET diadakan sebelum kemasukan ke IPT adalah untuk membolehkan pelajar memperoleh kemahiran berbahasa Inggeris pada tahap tertentu sebagai persediaan bagi mereka mengikuti pengajian di IPT kerana sebahagian besar bahan rujukan adalah dalam bahasa Inggeris.

MUET Logo
Pelaksanaan MUET sebelum mengikuti program ijazah pertama juga adalah atas permintaan pihak IPT untuk membolehkan pihak IPT membuat penapisan dan pemilihan pelajar bagi mengikuti jurusan tertentu yang memerlukan kemahiran berbahasa Inggeris pada tahap yang tinggi, selain penilaian terhadap kelulusan akademik. Dengan yang demikian, pihak IPT berkenaan tidak perlu lagi mengadakan kelas bahasa Inggeris bagi pelajarnya dalam jurusan berkenaan.

Friday, 22 April 2011

Keputusan SPM 2010 Terbaik Dalam Tempoh Empat Tahun

Pengumuman Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud mengenai peningkatan prestasi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu sebagai yang terbaik bagi tempoh empat tahun pastinya membanggakan semua pihak, termasuk Kementerian Pelajaran.

Keputusan itu sekali gus mencerminkan sistem peperiksaan kendalian Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) berjaya melahirkan insan berilmu.

Pengumuman keputusan SPM tersebut melengkapkan ketiga-tiga keputusan peperiksaan awam tahun lalu bermula Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR), semuanya mencatatkan peningkatan membanggakan.

Abd Ghafar mengumumkan seramai 9,239 calon mendapat keputusan dengan gred cemerlang (A+, A dan A-) dalam semua mata pelajaran tahun lalu berbanding 7,987 calon pada 2009 iaitu peningkatan seramai 1,252 calon.

Thursday, 21 April 2011

Murid Cemerlang UPSR Gagal Ke Asrama Penuh

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) seluruh negara menjadikan sekolah berhampiran kawasan masing-masing sebagai anak angkat bagi menyelesaikan masalah murid cemerlang yang tidak mendapat tempat di sekolah berasrama penuh.

Presiden NUTP, Hashim Adnan berkata, ketika ini terdapat kira-kira 45,000 murid cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), namun malangnya mereka tidak dapat memasuki sekolah berasrama penuh berikutan tempat terhad.

Beliau berkata, keadaan itu sudah pasti tidak adil kepada pelajar berkenaan yang tidak dapat memasuki asrama penuh sedangkan rakan mereka yang sama cemerlang diterima ke sekolah berasrama.

Katanya, sebagai alternatif, PPD boleh mengambil langkah dengan menjadikan sekolah sedia ada di daerah mereka sebagai sekolah angkat dan menyediakan kualiti pendidikan setaraf asrama penuh kepada pelajar cemerlang UPSR, tanpa pelajar terbabit perlu tinggal di asrama, sebaliknya duduk bersama keluarga masing-masing.