Thursday, 9 June 2011

1MDB tawar 500 biasiswa calon 8A+

1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan menawarkan 500 biasiswa kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperolehi 8A+ untuk melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS) tempatan tahun ini.

1MDB
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata 300 bantuan tersebut akan diberikan kepada Bumiputera manakala 200 lagi akan diberi kepada bukan Bumiputera.

Katanya, keutamaan biasiswa tersebut akan diberikan kepada pemohon 8A+ yang gagal mendapatkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"Bagaimanapun, kelonggaran khas juga akan diberikan kepada pemohon Bumiputera di Sabah dan Sarawak yang mana mereka yang memperolehi 6A+ dan 5A+ akan dipertimbang dengan mengambil kira pendapatan ibu bapa dan kawasan persekolahan mereka.

"Hanya untuk mereka sahaja kita bersetuju melonggarkan syarat akademik. Bumiputera di Semenanjung kena 'comply to pre-conditions', iaitu akademik dan pendapatan ibu bapa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat biasiswa 1MDB bersama dengan wakil parti komponen Barisan Nasional di Bangunan Parlimen pada 6 Jun 2011.

Mohamed Nazri berkata, mereka yang sudah menerima tawaran biasiswa dari tempat lain juga tidak akan dipertimbangkan.

Katanya, bagi pengajian di IPTA, pelajar akan menerima RM7,500 setahun untuk kursus kritikal dan tidak kritikal manakala pelajar yang ditawarkan pengajian di IPTS akan menerima RM15,000 untuk mengikuti kursus kritikal dan RM7,500 untuk kursus tidak kritikal.

Katanya, JPA akan mengadakan mesyuarat susulan esok bagi menghalusi nama-nama yang sudah disenarai pendek bagi pembahagian biasiswa tersebut sementara senarai terakhir akan dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebelum diumumkan.

Sumber - BERNAMA

No comments:

Post a Comment