Sunday, 12 June 2011

Tempoh Kursus Diploma Bukan Teknikal Di Politeknik Dipendekkan

Mulai tahun 2011, tempoh pengajian bagi kursus diploma bukan teknikal seperti perdagangan dan hospitaliti di politeknik di seluruh negara akan dipendekkan kepada dua hingga dua tahun setengah berbanding tiga tahun sekarang.

Politeknik
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ia sebagai salah satu tarikan kepada golongan pelajar untuk memilih institusi berkenaan sebagai alternatif melanjutkan pengajian di mana ia akan dapat menjimatkan masa dan wang mereka.

"Misalnya seperti kursus menjahit, kita berpendapat tak ada keperluan nak belajar menjahit sehingga tiga tahun. Lagi lama lagi banyak pelajar itu kena berhutang (untuk menampung kos pengajian). Kita mahu masa itu benar-benar dimanfaatkan," katanya kepada pemberita di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini pada Isnin, 30 Mei 2011.

Thursday, 9 June 2011

Saringan Ketat Rayuan Kemasukan Ke Program Matrikulasi

Kementerian Pelajaran menjalankan saringan ketat berdasarkan merit ke atas 35,000 rayuan bagi kemasukan ke program matrikulasi sesi 2011/2012.

Matrikulasi KPM
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Puad Zarkashi berkata angka itu adalah amat besar bagi memenuhi tempat yang terhad selain terlalu ramai pelajar yang mendapat keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang cemerlang.

Beliau berkata saringan berdasar merit itu selain melihat keputusan peperiksaan SPM, turut mengambil kira aktiviti kokurikulum pelajar dan latar belakang keluarga mereka.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan majlis taklimat mengenai pengambilan pelajar ke program matrikulasi kementerian itu bagi sesi 2011/2012 kepada parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) pada 8 Jun 2011.

Pelajar JPA Yang Gagal Pulang Perlu Bayar Balik Biasiswa

Pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di luar negara yang enggan kembali berkhidmat di negara ini selepas menamatkan pengajian akan diminta membayar balik dengan nilai penuh biasiswa termasuk dikenakan faedah.

Logo JPA
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata jemaah Menteri akan mengkaji berasaskan undang-undang sedia ada bagi melaksanakan tindakan itu.

"Jika Kabinet bersetuju, bekas pelajar tajaan JPA yang sudah bekerja di luar negara akan diwajibkan membayar balik semua perbelanjaan berkenaan termasuk faedah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Jerantut pada 5 Jun 2011.

Mohamed Nazri berkata kebanyakaan pelajar tajaan JPA yang enggan pulang merupakan mereka yang menuntut di universiti di Eropah dan Amerika Syarikat yang menerima biasiswa berjumlah antara RM400,000 dan RM1.2 juta setiap seorang.

1MDB tawar 500 biasiswa calon 8A+

1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan menawarkan 500 biasiswa kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperolehi 8A+ untuk melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS) tempatan tahun ini.

1MDB
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata 300 bantuan tersebut akan diberikan kepada Bumiputera manakala 200 lagi akan diberi kepada bukan Bumiputera.

Katanya, keutamaan biasiswa tersebut akan diberikan kepada pemohon 8A+ yang gagal mendapatkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan menawarkan 500 biasiswa kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperolehi 8A+ untuk melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS) tempatan tahun ini.

86 Pelajar Cemerlang Terima Diberi Biasiswa JPA

Jemaah Menteri hari ini memutuskan untuk menempatkan 86 pelajar cemerlang yang gagal mendapat biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi pengajian di luar negara di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) tempatan.

Logo JPA
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata “Kerajaan menawarkan kursus di IPTS berdasarkan kepada bidang yang dimohon dengan kos tajaan RM21.6 juta, berbanding RM52.1 juta jika mereka mengikuti Program Ijazah Luar Negara (PILN),” katanya pada sidang media di Parlimen.

"Sebab itu kita pilih cadangan pertama untuk hantar ke IPTS mengikut bidang dan jurusan yang mereka pilih," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen pada 1 Jun 2011 lalu.

Beliau berkata, pelajar berkenaan, yang terdiri daripada tiga Melayu, 71 bagi Cina, 11 untuk India dan seorang Bumiputera Sarawak.