Jemaah Menteri hari ini memutuskan untuk menempatkan 86 pelajar cemerlang yang gagal mendapat biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi pengajian di luar negara di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) tempatan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata “Kerajaan menawarkan kursus di IPTS berdasarkan kepada bidang yang dimohon dengan kos tajaan RM21.6 juta, berbanding RM52.1 juta jika mereka mengikuti Program Ijazah Luar Negara (PILN),” katanya pada sidang media di Parlimen.
"Sebab itu kita pilih cadangan pertama untuk hantar ke IPTS mengikut bidang dan jurusan yang mereka pilih," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen pada 1 Jun 2011 lalu.
Beliau berkata, pelajar berkenaan, yang terdiri daripada tiga Melayu, 71 bagi Cina, 11 untuk India dan seorang Bumiputera Sarawak.
Daripada jumlah itu, seorang pelajar memohon kursus pergigian Universiti AIMST di Bedong; perubatan Universiti Monash (50); Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) (18); Royal College Medicine Perak (1); kejuruteraan di Monash University Sunway (7); Universiti Teknologi Petronas (12) dan Universiti Multimedia (MMU) (13).
Selain itu, dua pelajar di Monash University Sunway bagi bidang sains; ekonomi di MMU (2); perakaunan di MMU (2); bioteknologi di Monash University Sunway (1); farmasi di Universiti Taylor’s (11); pengurusan perniagaan di University of Nottingham (1).
Nazri berkata, pengkhususan program matrikulasi seperti perubatan, kejuruteraan dan sebagainya akan diwujudkan bagi memudahkan pelajar memohon biasiswa matrikulasi berdasarkan bidang yang diminati.
Mohamed Nazri berkata, permintaan supaya pelajar yang ditawar biasiswa di peringkat diploma yang dapat diubah kepada biasiswa program matrikulasi juga diluluskan.
Beliau juga berkata, kabinet memutuskan untuk mengkaji semula dasar pemberian biasiswa JPA tahun depan, selain kemampuan pemberian biasiswa oleh jabatan berkenaan secara keseluruhan kerana jumlah pelajar cemerlang bertambah setiap tahun.
"Dasar baru itu akan diumumkan selepas Jemaah Menteri membincangkannya pada tahun ini," katanya.
Sumber : BERNAMA
No comments:
Post a Comment